April 21, 2025
“Tren menurun bermula sejak Ogos tahun lalu”, kata penyelidik mengulas kadar pengangguran negara terendah sejak 10 tahun

“Tren menurun bermula sejak Ogos tahun lalu”, kata penyelidik mengulas kadar pengangguran negara terendah sejak 10 tahun

Kadar pengangguran di Malaysia pada Disember 2024 telah menunjukkan tren menurun.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), inilah paras terendah iaitu 3.1 peratus sejak 116 bulan.

Untuk tempoh yang sama, perkembangan positif turut berlaku dalam pasaran buruh dengan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi.

Penyelidik polisi awam, Erhan Azrai dari FSS Associates berkata, tren kadar pengangguran yang menurun boleh dilihat sejak Ogos tahun lalu.

“3.2% merupakan paras terendah sejak 9 tahun lalu. Kita nampak ada corak penurunan yang Ogos lalu paras ini telah turun dari 3.2% setelah berada pada 3.3% selama 9 bulan sejak akhir tahun 2023.

“Ini merupakan pencapaian yang baik dari segi penggunaan tenaga buruh dalam ekonomi di Malaysia,” ujarnya ketika dihubungi madanikini.

Dalam laporan DOSM, sektor yang mencatatkan pertumbuhan guna tenaga yang positif adalah pembuatan, pembinaan dan pertanian manakala perlombongan dan pengkuarian menunjukkan tren sebaliknya.

Mengulas perkara ini, Erhan berkata, walaupun sektor perkhidmatan merupakan sektor terbesar yang menggunakan tenaga kerja tetapi struktur ekonomi di negara ini masih dipacu sektor pembuatan.

“Sektor pembuatan, juga melalui data yang dilaporkan DOSM, telah menunjukkan peningkatan jumlah nilai pengeluaran, jumlah pekerja dan jumlah gaji yang dibayar,” katanya.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *