April 21, 2025
“Pembangkang sudah kelesuan, terpaksa ulang isu sama,” ahli Parlimen Bangi pertikai pembangkang gagal manfaat fungsi ‘semak-imbang’

“Pembangkang sudah kelesuan, terpaksa ulang isu sama,” ahli Parlimen Bangi pertikai pembangkang gagal manfaat fungsi ‘semak-imbang’

Kenyataan dangkal ketua pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang mengaitkan titah adendum dengan kemerosotan pelaburan asing menggambarkan kelemahan Perikatan Nasional (PN) menghadapi Kerajaan MADANI.

Pada Khamis, semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal data yang diperoleh ahli Parlimen Larut.

Sebaliknya, kata Anwar, laporan semasa menunjukkan situasi sebaliknya apabila pelaburan meningkat.

“Jadi cakap itu tidak bertanggungjawab. Cakap mengarut tidak berdasarkan fakta,” katanya.

Mengulas situasi tersebut, ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata pembangkang akan terus menggunakan fitnah dan isu titah adendum untuk terus mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, penegasan daripada Perdana Menteri bahawa isu titah adendum perlu diselesaikan di mahkamah terlebih dahulu perlu dipatuhi kerana menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.

“Pembangkang kini sudah kelesuan isu malah terpaksa untuk mengulangi isu yang telah dibawa ke mahkamah bagi menenggelamkan pelbagai kejayaan Kerajaan MADANI dalam hal ekonomi,” ujarnya.

Beliau yang juga ahli Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) berkata demikian ketika dihubungi madanikini baru-baru ini.

Terdahulu, BBC telah mengeluarkan satu kenyataan media yang membidas sikap Hamzah yang membawa isu penderhakaan kepada institusi kesultanan Melayu tanpa sebarang bukti.

Malah, kenyataan itu turut mengingatkan pembangkang agar menjadi bertanggungjawab dan patuh kepada Titah Diraja Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya fungsi Dewan Rakyat dimanfaatkan untuk agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.

Syahredzan menegaskan agar pembangkang cermin diri dan menilai sejauh mana prestasi kejayaan yang pernah dicapai semasa menjadi kerajaan sebelum ini.

“Masa 33 bulan apa yang kita dengar cuma kegagalan, jarang sekali dapat lihat angka-angka ekonomi yang memberangsangkan seperti sekarang,” ujarnya.

Berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *