Tembelang fitnah Muhammad Rafique Rashid Ali terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dijawab oleh netizen. Dalam satu hantaran Facebook, Rafique yang juga peguam Tun Dr Mahathir Mohamad telah memperinci kegagalan Anwar berkaitan perjanjian damai Kemboja dan Thailand. Namun begitu, hantaran itu telah mendapati reaksi daripada aktivis pro-Kerajaan, Aliff Jamil yang mendedahkan penyelewengan […]
Pasport ketiga terkuat di dunia bukti Malaysia raih kepercayaan dunia
Pengumuman bahawa pasport Malaysia kini di tangga ketiga dunia dalam senarai global dengan akses bebas visa ke sekitar 174 destinasi bagi pemegang pasport Malaysia merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Pencapaian ini bukan sahaja melibatkan keluasan aspek kebebasan mobiliti tetapi juga cerminan kepada kepercayaan dan imej antarabangsa negara. Menurut indeks yang dikendalikan oleh firma penasihat kewarganegaraan […]
Nilai Ringgit kukuh serlah keberkesanan urus tadbir MADANI
Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia pada ketika ini menghantar satu isyarat kepada pembangkang, pengkritik baik dalam dan luar Malaysia: Malaysia kini berada di landasan yang semakin dipercayai dari segi ekonomi dan kewangan. Nilai ringgit telah mencatat prestasi kukuh apabila mencapai paras sekitar RM4.12 hingga RM4.16 berbanding US Dollar. Hal ini sekaligus menjadikannya antara mata wang terbaik […]
Masyarakat nirtunai tonggak transformasi ekonomi digital
Program masyarakat nirtunai (cashless society) di Malaysia kini memperoleh momentum yang signifikan serta dianggap sebagai salah satu tonggak utama dalam transformasi ekonomi digital negara. Inisiatif seperti Cashless Society Programme yang dikendalikan oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) dan kempen Cashless Boleh 4.0 yang dilaksanakan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bersama Kementerian Kewangan […]
Dari ASEAN ke APEC, MADANI serlah dasar luar damai Malaysia
Kejayaan Malaysia menganjurkan ASEAN 2025 dan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak APEC di Korea Selatan menandakan kebangkitan diplomasi aktif Kuala Lumpur. Apa yang perlu difahami, ini bukan sekadar ritual serantau mengikut giliran negara atau protokol rasmi. Sebaliknya ini adalah manifestasi strategi luar negara yang lebih proaktif dan berwibawa. Selaku hos […]
BUDI95 cerminan keberanian MADANI tangani masalah subsidi
Program BUDI95 menandakan satu perubahan fundamental dalam dasar subsidi bahan api di Malaysia iaitu daripada pendekatan subsidi menyeluruh kepada model bantuan bersasar. Melalui inisiatif ini, setiap rakyat Malaysia yang mempunyai lesen kenderaan layak menikmati RON95 pada kadar harga RM1.99 setiap liter dengan had bulanan 300 liter. Sejak diperkenalkan pada 30 September lalu, langkah ini membawa […]
Belanjawan MADANI 2026: kerajaan tingkat upaya rakyat, dari ‘ikan’ kepada ‘joran’
Belanjawan MADANI 2026 menampilkan gabungan dua objektif yang mungkin kelihatan bercanggah iaitu menyokong perlindungan sosial jangka pendek sambil melabur untuk daya saing jangka panjang. Kerajaan menampilkan belanjawan yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM419.2 bilion yang mmerangkumi komitmen untuk memperluas bantuan sosial, memacu TVET dan digitalisasi serta menyalurkan pembangunan infrastruktur strategik untuk negeri dan kawasan luar […]
Dua MoU Malaysia, Timor-Leste perkukuh hubungan dalam bidang telekomunikasi, media
Hubungan akrab Malaysia dan Timor-Leste sejak 2002 terus diperkukuh melalui majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) melibatkan bidang telekomunikasi dan media. Antara MoU yang ditandatangani adalah MoU Kerjasama Telekomunikasi serta Maklumat dan Pembangunan Media yang melibatkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Dari pihak Timor-Leste, pimpinan yang terlibat menandatangani adalah Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, Miguel […]
Kini rakyat Malaysia boleh nikmati kadar berpatutan, rayauan data lebih lancar di Timor-Leste
Rakyat Malaysia yang berada di Timor-Leste sekarang boleh menikmati perayauan data yang lancar pada kadar berpatutan sama seperti negara-negara anggota ASEAN yang lain. Dalam satu kenyataan, Kementeri Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan kemudahan ini merupakan hasil daripada perkhidmatan perayauan data (data roaming) di Timor-Leste yang diaktifkan oleh pengendali rangkaian mudah alih […]
Padah menyindir, pemimpin Pas cawangan terbiar keseorangan ke mahkamah
Tak sudah-sudah pemimpin Pas buat hal yang memburukkan Islam. Daripada peringkat pusat sampai ke cawangan, tak putus-putus pemimpinnya tunjuk lagak keji. Terkini, Azmi Aziz yang merupakan seorang ketua cawangan Pas di Melaka pula sangkut bila dikenakan tuduhan bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998). Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum […]