Tuduhan skandal pemalsuan dokumen pemain warisan pasukan kebangsaan mengejutkan negara. Namun di sebalik keresahan rakyat, satu perkara yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ialah: kerajaan tidak akan menyembunyikan apa-apa. Tiada usaha menutup kes, tiada perlindungan kepada mana-mana pihak. Sejak isu ini dibangkitkan di peringkat antarabangsa, Anwar menjelaskan bahawa perkara ini telah dibincangkan […]
Suara ASEAN ‘bergema’ di Sidang Kemuncak G20
Dari Johannesburg, Afrika Selatan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil membawa suara bukan sekadar sebuah negara sebaliknya gema rantau yang sedang membina masa depan: ASEAN. Persidangan G20 bukan sekadar perhimpunan simbolik. Di sinilah hala tuju ekonomi global, kestabilan kewangan, perubahan iklim, keselamatan makanan dan hutang negara membangun dirundingkan. Apa jua yang diputuskan di […]
Perjuangan hak asasi digital cerminan keterangkuman MADANI
Kehadiran Malaysia di pentas Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) di Baku membawa dimensi yang lebih kritikal: perjuangan hak asasi digital. Mengetuai delegasi negara ke persidangan anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) tersebut, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, telah melakar satu tanda aras baharu dalam diplomasi digital negara. Fokus beliau bukan sekadar pada kecanggihan teknologi, sebaliknya […]
MCMC ingatkan kempen Pilihanraya Sabah perlu budiman
Dalam menghadapi kemuncak kempen pilihan raya di Sabah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tampil dengan peringatan tegas kepada semua parti politik, calon serta penyokong agar menggunakan platform digital secara beretika, berfakta dan bertanggungjawab. Amaran ini dikeluarkan susulan peningkatan risiko penyebaran maklumat palsu, fitnah dan provokasi melampau yang lazim berlaku ketika musim pilihan raya. MCMC […]
Gangguan awal MERS 999 dijamin tidak berulang
Isu gangguan awal sistem Next Generation MERS 999 yang tercetus baru-baru ini menjadi antara ujian kritikal terhadap kesiapsiagaan komunikasi kecemasan negara. Namun dalam tempoh singkat, krisis ini juga memperlihatkan bagaimana kepimpinan di Kementerian Komunikasi bertindak pantas, telus dan berasaskan data. Sistem NG MERS 999 diperkenalkan bagi menggantikan sistem MERS 999 lama yang telah berusia lebih […]
Internet Malaysia antara termurah di dunia
Kehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ke Baku, Azerbaijan bukan sekadar kehadiran simbolik. Lawatan rasmi beliau membawa satu mesej yang membanggakan, Malaysia kini berada dalam kelompok negara dengan kos internet paling murah di dunia. Angka ini bukan retorik politik malah berpaksikan data pasaran global dan ia menggambarkan satu perubahan dasar yang ketara bahawa akses internet […]
Perdana Menteri jelaskan tiada aset kerajaan digunakan sepanjang kempen pilihanraya Sabah
Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah, satu persoalan penting kembali menguasai perbincangan nasional soal penggunaan aset kerajaan dalam kempen politik seperti yang diutarakan oleh Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diketuai oleh saudara Faisal Abdul Aziz. “Amalan sebegini melemahkan prinsip gelanggang pilihan raya yang adil. Pemisahan urusan kerajaan dan parti perlu jelas agar […]
Isu 40% Hak Sabah: Seperti Menarik Rambut Dalam Tepung
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memihak kepada tuntutan 40% hasil Sabah oleh Sabah Law Society (SLS) adalah satu ketetapan yang adil dan berani. Ini dikuatkan lagi dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melalui nasihat Peguam Negara untuk tidak merayu keputusan tersebut. Di atas kertas, tafsiran literal terhadap hak 40% ini menuntut supaya semua hasil persekutuan yang […]
Ulama Kelantan berdoa Anwar kekal pimpin Malaysia
Ulama terkenal dari Kelantan berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kekal memimpin negara. Menurut beliau, kestabilan kerajaan penting untuk memastikan pembangunan Islam berjalan lancar dan ekonomi negara tidak terganggu. Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki berkata, sejak beberapa tahun ini kerajaan sering bertukar. Ada yang hanya bertahan setahun dua. […]
Tiada media sosial untuk bawah 16 tahun, langkah pastikan perkembangan mental generasi muda berkembang sihat.
Pada masa kini, majoriti remaja bawah umur 16 tahun telah mendaftar dan aktif di platform media sosial memberi pelbagai kesan buruk kepada perkembangan mental dan fizikal mereka. Sebagai contoh, kajian World Health Organization (WHO) menunjukkan kadar ‘penggunaan media sosial bermasalah’ di kalangan remaja meningkat daripada 7% pada 2018 kepada 11% pada 2022. Dengan menaikkan had […]