October 29, 2025
Padah menyindir, pemimpin Pas cawangan terbiar keseorangan ke mahkamah

Padah menyindir, pemimpin Pas cawangan terbiar keseorangan ke mahkamah

Tak sudah-sudah pemimpin Pas buat hal yang memburukkan Islam. Daripada peringkat pusat sampai ke cawangan, tak putus-putus pemimpinnya tunjuk lagak keji.

Terkini, Azmi Aziz yang merupakan seorang ketua cawangan Pas di Melaka pula sangkut bila dikenakan tuduhan bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Puncanya apabila beliau telah mengubahsuai sebuah karikatur yang penuh simbol-simbol penghinaan kepada lawan politik lalu disiarkan di akaun media sosial Facebook miliknya.

Azmi telah dipanggil ke Mahkamah Sesyen Siber Kuala Lumpur tetapi beliau gagal hadir tanpa alasan walaupun saman telah diserahkan pada 30 September lalu.

Kesudahannya, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap beliau dan tarikh sebutan semula akan berlangsung pada 6 November nanti.

Pepatah Melayu ada menyebut “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Malangnya pada zaman kini, bukan mulut sahaja yang terlajak, jari juga turut sama menumpang sial.

Memang benar, Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim amat menjunjung prinsip kebebasan bersuara. Tetapi dalam apa juga perkara, semuanya ada batas sempadan yang wajib dipatuhi.

Azmi sendiri, jika beliau merasakan tindakannya adalah berteraskan prinsip kebebasan bersuara atau berekspresi (atau sebenarnya memfitnah?), maka gunakanlah mahkamah untuk melawan tuduhan ke atasnya.

Tetapi apa yang berlaku kini menunjukkan seolah-olah beliau terbiar bersendirian. Biasanya jika bertaraf ketua cawangan, keupayaannya untuk memahami aspek undang-undang amatlah lemah.

Di situlah sepatutnya kumpulan peguam dalam Pas atau Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas boleh membantu Azmi.

Malangnya itu tidak berlaku. Azmi terbiar keseorangan sehingga beliau gagal hadirkan diri ke mahkamah.

Mungkin, jika Azmi adalah seorang ahli Parlimen Pas seperti Dr Mastura Muhammad yang disaman RM830,000 oleh DAP kerana kesalahan fitnah, nasib beliau akan segera terbela.

Parti juga akan melancarkan tabung milo ke seluruh negara untuk mengumpul dana bagi memastikan saman itu boleh dibayar atau terpaksa menghadapi pilihan raya kecil.

Tetapi kerana bezanya darjat antara pemimpin pusat dan pemimpin cawangan, Azmi terpaksa bersendiri menghitung nasib di mahkamah nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *