April 20, 2025
Menara Kuala Lumpur ditutup sementara, pengurusan diambil alih LSHSM bermula 1 April

Menara Kuala Lumpur ditutup sementara, pengurusan diambil alih LSHSM bermula 1 April

Pendudukan syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) di atas tapak Menara Kuala Lumpur selepas 31 Mac lalu didakwa tidak sah.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Komunikasi memaklumkan, bermula 1 April lalu, pentadbiran Menara Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah pentadbiran syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

Sebanyak dua notis pengosongan telah dikeluarkan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan terhadap pihak MKLSB pada 3 April dan 9 April lalu.

“Oleh itu, sebarang pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga kini adalah tanpa kebenaran kerajaan,” ujar kenyataan tersebut.

Kementerian Komunikasi turut memaklumkan aset milik kerajaan itu juga akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan.

“Tarikh pembukaan semula Menara Kuala Lumpur akan dimaklumkan melalui pelbagai saluran media,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *