May 1, 2025
Malaysia Madani ketuk pintu hati Rae Lil Black peluk Islam

Malaysia Madani ketuk pintu hati Rae Lil Black peluk Islam

Siapa sangka, percutian seorang bekas pelakon filem dewasa ke Kuala Lumpur telah mengetuk pintu hatinya untuk memeluk Islam.

Rae Lil Black atau Kae Asakura, wanita kelahiran Jepun berkunjung ke Malaysia pada 2024. Apa yang menyentuh hatinya adalah budi pekerti orang Malaysia yang ditemuinya.

Dengan rahmat Allah, beliau kembali ke Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu. Tetapi kunjungan kali ini mempunyai misi yang jelas dan suci; untuk menziarahi masjid-masjid dan bertemu masyarakat Islam.

Dengan mengenakan busana muslimah yang menyejukkan mata, beliau terharu dengan penerimaan orang ramai yang ditemui.

Sempena bulan Ramadan yang disambut penuh kesyukuran dan kegembiraan, Kae turut tidak melepaskan peluang menikmati ibadah puasa.

Beliau turut berbuka puasa bersama peminatnya secara online. Resam dunia maya yang rencam, beliau tidak terlepas dengan pandangan sinis yang menganggapnya sekadar membuat content.

“Niat saya suci untuk beribadah kepada Allah. Jangan bimbang dan sila fokus dengan kehidupan masing-masing,” balasnya.

Dengan imej gelap masa lampau, beliau akui masih diterpa persoalan tentang status lakonan dewasanya.

Beliau berkata, rakaman yang dimuatnaik adalah kandungan lama yang mana beliau tiada hak cipta untuk memadamnya.

“Sekali kita terlibat dengan rakaman memalukan itu, syarikat penerbitan memiliki hak penyiaran sepenuhnya,” katanya.

Beliau turut terharu apabila beritanya memeluk Islam disambut gembira. Ramai peminat memberi pelbagai hadiah berupa peralatan ibadah dan buku rujukan.

“Mereka tak menghakimi zaman silam saya. Malah memberi sokongan dan ini membuatkan saya sebak dan terharu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *