Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memuji keputusan kerajaan untuk melaksanakan KWSP 2% secara mandatori ke atas pekerja asing.
Dalam kenyataan media, MTUC turut berpandangan kadar 2% terlalu rendah dan tidak berbaloi dari segi kutipan, pentadbiran dan pelaburan jangka panjang.
Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kadar caruman yang rendah itu bukanlah penyelesaian yang menyeluruh tetang permulaan yang baik untuk caruman yang lebih saksama kepada semua pekerja tempatan dan asing.
Namun begitu, pihaknya mengingatkan pihak majikan supaya tidak mengambil kesempatan daripada kadar caruman yang rendah, sebaliknya terus mencari pendekatan yang holistik dan tidak mengamalkan diskriminasi.
“MTUC berpandangan bahawa kadar caruman KWSP yang lebih rendah akan membolehkan majikan terus bergantung kepada tenaga kerja asing berbanding
melabur dalam peningkatan produktiviti dan automasi.
“Ini bertentangan dengan objektif negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan meningkatkan daya saing industri dalam jangka panjang,” ujarnya.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan kadar caruman KWSP 2% secara mandatori ke atas pekerja asing dan majikan.
Langkah ini untuk memastikan hak-hak pekerja terpelihara dan selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) C118 serta Artikel 68 Konvensyen 102 ILO.
Baca juga: