December 16, 2025
Intel tambah RM860 juta pelaburan, rancakkan industri semikonduktor di Malaysia

Intel tambah RM860 juta pelaburan, rancakkan industri semikonduktor di Malaysia

Hari-hari PM Dato Seri Anwar kerja dan berusaha tarik pelabur, ternyata rezeki tak salah alamat.

Intel Corporation melalui CEOnya Lip-Bu Tan mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta bagi memperkukuh operasi pemasangan dan ujian di Malaysia.

Langkah ini diumumkan ketika beliau mengadakan lawatan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Lip-Bu Tan anak kelahiran Muar sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat dan membina nama sebagai pakar semikonduktor dan terkenal di dunia. Pelaburan ini bukan sekadar angka  ia adalah bukti bahawa dasar-dasar kerajaan, termasuk kerangka pelaburan dan perancangan industri jangka panjang, memberi kelebihan kompetitif kepada Malaysia.

Pelaburan RM860 juta itu datang pada ketika fasiliti pembungkusan semikonduktor canggih di Pulau Pinang  projek besar melibatkan perbelanjaan modal sekitar RM12 bilion  kini telah mencapai tahap siap 99 peratus.

Inisiatif ini menjadikan Malaysia lebih kukuh sebagai hub global bagi sektor semikonduktor, dan menunjukkan kepada dunia bahawa negara kita mampu bersaing dalam industri berteknologi tinggi.

Kerajaan Malaysia  melalui pelan industri dan dasar penyediaan insentif sesuai  telah menunjukkan ketegasan dan visi jauh ke hadapan. Pelabur besar seperti Intel kini melihat Malaysia sebagai rakan kongsi strategik jangka panjang, bukan hanya lokasi kilang sementara.

Di samping itu, Intel turut menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan kerajaan terhadap pembangunan bakat tempatan dan kerjasama dengan institusi pendidikan dan latihan  satu aspek penting bagi membentuk ekosistem teknologi yang mampan.

Pelaburan ini bukan sahaja akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tetapi juga membuka peluang pekerjaan, transfer teknologi dan pembangunan sumber manusia. Ia menandakan bahawa Malaysia sedang melangkah jauh  bukan hanya sebagai penerima pelaburan  tetapi sebagai pemain penting dalam industri global.

Lip-Bu Tan yang turun sendiri ke Pulau Pinang untuk melihat tapak turut mengambil kesempatan untuk mencari Char Kuey Tiaw dan raja buah dari Malaysia, durian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *