April 21, 2025
Hamzah gagal faham titah YDPA, terus tegar amal politik fitnah

Hamzah gagal faham titah YDPA, terus tegar amal politik fitnah

Tak sampai seminggu Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, nampaknya tiada satu pun yang dipatuhi oleh pihak pembangkang.

YDPA bertitah bahawa Parlimen bukanlah tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau menabur fitnah. tetapi ia adalah dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.

Sebaliknya, apa yang berlaku adalah Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin isu penderhakaan Perdana Menteri kepada Sultan Pahang berhubung isu titah addendum.  

Isu penderhakaan tidak disebut sama sekali oleh mana-mana institusi diraja samada Istana Negara atau Istana Pahang.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC), Perdana Menteri bertegas, urusan berkaitan titah addendum adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC) dan bukan di bawah tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dikesalkan, menurut BBC adalah sikap pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat dan mencari kepentingan politik dengan menggunakan sentimen institusi diraja.

”Ini adalah satu cubaan yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat,” menurut kenyataan itu.

BBC menegaskan sepanjang pentadbiran, Perdana Menteri sentiasa menunjukkan penghormatan tinggi terhadap institusi diraja dan berpegang teguh kepada prinsip Raja Berperlembagaan.

Dalam pada itu, semasa titah pembukaan, YDPA turut bertitah dengan memuji pentadbiran Anwar yang berjaya memastikan prestasi ekonomi negara semakin baik, pelaburan negara meningkat, nilai ringgit mengukuh dan kadar pengangguran kekal rendah.

Malangnya, hal ini gagal difahami oleh Hamzah yang mendakwa kononnya pelabur tidak masuk ke negara kerana isu penderhakaan.

”Fitnah sebegini bukan sahaja mencerminkan ketidakmatangan politik tetapi juga boleh merosakkan hubungan antara kerajaan dan institusi diraja serta menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.

”Ketua Pembangkang seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, bukan menyebarkan dakwaan tidak berasas demi kepentingan politik semata-mata,” menurut kenyataan itu.

BBC menyeru rakyat agar menolak politik fitnah dan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *