April 20, 2025
Hadi Awang tak setuju had tempoh PM sebab mahu Anwar Ibrahim kekal?

Hadi Awang tak setuju had tempoh PM sebab mahu Anwar Ibrahim kekal?

Tidaklah pelik membaca kenyataan terkini Presiden PAS berhubung cadangan agar tempoh pentadbiran seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada 2 tahun sahaja.

Abdul Hadi Awang memang terkenal sebagai makhluk yang tak pernah segan silu untuk melanggar apa sahaja kenyataan yang beliau sendiri pernah keluarkan.

Semasa bersama Pakatan Rakyat, beliau sanggup mengendurkan perjuangan untuk melaksanakan Hudud dan Qisas kerana menganggap ada keutamaan lain yang perlu diberikan perhatian.

Tetapi apabila beliau sudah jemu untuk berkawan dalam Pakatan Rakyat, beliau kembali menggunakan Hudud dan Qisas untuk memecah-belahkan blok politik itu.

Tidak habis di situ, semasa masih bergelar pembangkang mesra kerajaan Umno-BN, Hadi pernah diberi laluan untuk membentangkan RUU355. Beliau dan sekalian pengikutnya anggap ini sebagai perjuangan Islam yang tidak boleh dibantah oleh sesiapa.

Namun, dengan sabotaj melalui langkah tebuk atap hingga menjatuhkan kerajaan kali kedua pimpinan Mahathir Mohamad, takdir Allah Taala jualah yang telah meletakkan PAS dalam kerajaan semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Sepanjang tempoh 33 bulan, PAS langsung tidak kedengaran membawa RUU355 ke Dewan Rakyat untuk direalisasikan sebagai cita-cita perjuangan Islam versi mereka.

Memanglah demikian Hadi Awang. Beliau tidak pernah ragu-ragu untuk u-turn malah berulang-kali pusing di roundbout yang sama kerana yakin para pengikut di sekelilingnya akan tetap bersorak dan bertakbir sebaik sahaja beliau buka mulut.

Terkini, cadangan DAP (bukanlah cadangan tunggal malah telah disuarakan oleh pelbagai parti dan parti) agar had pemerintahan seseorang perdana menteri kepada 10 tahun telah disambut positif pelbagai pihak.

Walaupun tiada alasan yang kukuh dan konteks yang munasabah, Hadi Awang muncul dengan kenyataannya yang menganggap cadangan hadkan tempoh PM itu sebagai melanggar ketetapan Allah Taala.

Perlu diingatkan, kita akan kelelahan untuk mencari kenyataan lama Hadi Awang yang pernah menyokong cadangan had tempoh itu. Hadi Awang tidak pernah kisah semua itu.

Selagi cadangan itu melibatkan DAP dan Anwar Ibrahim, Hadi Awang tidak akan malu-malu untuk menunjukkan sikap busuk hati dan dendam kesumatnya yang mendalam.

Tidak perlu juga disenaraikan bukti betapa Hadi Awang begitu berdendam terhadap Anwar Ibrahim. Sikap tawaduk yang ditunjukkan Perdana Menteri untuk menziarahinya di Institut Jantung Negara sebelum ini juga pernah ditolak begitu sahaja.

Walhal di hadapan para pengikutnya, Hadi Awanglah yang paling kuat menjerit agar umat Islam bersatu padu dan menjaga tali persaudaraan sesama Islam. Betapa munafiknya Hadi Awang ini usahlah diragui.

Beliau sanggup mendustakan ayat-ayat Al-Quran, meletakkan konteks dalil pada isu yang salah, asalkan dapat disasarkan terhadap Anwar Ibrahim.

Sebab itulah agaknya, PAS tidak pernah mengambil kisah sikap para pengikutnya yang cukup biadab ketika melontarkan kutukan di media sosial. Dari manakah datangnya keberanian mereka untuk menggunakan bahasa yang kesat dan kotor kalau tidak daripada keizinan para pemimpinnya.

Sekali lagi kita sukar memahami rasional yang digunakan Hadi Awang untuk menolak cadangan hadkan tempoh pentadbiran PM.

Apa yang aneh, kata beliau, “Akan tetapi, apabila seseorang pemimpin melakukan perbuatan khianat yang menafikan kelayakannya, maka tugasnya hendaklah ditamatkan. Sepanjang sejarah, semua khalifah Islam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin sehingga akhir hayat mereka.

Allah telah menetapkan bahawa para anbiya’ yang membawa ajaran Islam, juga berperanan sebagai pemimpin. Selepas kewafatan mereka, tugas itu digantikan oleh golongan yang meneruskan ajaran para anbiya’.

Adakah maksud Hadi Awang, Anwar Ibrahim perlu terus dibiarkan menjadi perdana menteri selagi hayat dikandung badan?

Hanya Allah Lebih Mengetahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *