Program BUDI95 menandakan satu perubahan fundamental dalam dasar subsidi bahan api di Malaysia iaitu daripada pendekatan subsidi menyeluruh kepada model bantuan bersasar. Melalui inisiatif ini, setiap rakyat Malaysia yang mempunyai lesen kenderaan layak menikmati RON95 pada kadar harga RM1.99 setiap liter dengan had bulanan 300 liter. Sejak diperkenalkan pada 30 September lalu, langkah ini membawa […]
Belanjawan MADANI 2026: kerajaan tingkat upaya rakyat, dari ‘ikan’ kepada ‘joran’
Belanjawan MADANI 2026 menampilkan gabungan dua objektif yang mungkin kelihatan bercanggah iaitu menyokong perlindungan sosial jangka pendek sambil melabur untuk daya saing jangka panjang. Kerajaan menampilkan belanjawan yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM419.2 bilion yang mmerangkumi komitmen untuk memperluas bantuan sosial, memacu TVET dan digitalisasi serta menyalurkan pembangunan infrastruktur strategik untuk negeri dan kawasan luar […]
Dua MoU Malaysia, Timor-Leste perkukuh hubungan dalam bidang telekomunikasi, media
Hubungan akrab Malaysia dan Timor-Leste sejak 2002 terus diperkukuh melalui majlis menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) melibatkan bidang telekomunikasi dan media. Antara MoU yang ditandatangani adalah MoU Kerjasama Telekomunikasi serta Maklumat dan Pembangunan Media yang melibatkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Dari pihak Timor-Leste, pimpinan yang terlibat menandatangani adalah Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Timor-Leste, Miguel […]
Kini rakyat Malaysia boleh nikmati kadar berpatutan, rayauan data lebih lancar di Timor-Leste
Rakyat Malaysia yang berada di Timor-Leste sekarang boleh menikmati perayauan data yang lancar pada kadar berpatutan sama seperti negara-negara anggota ASEAN yang lain. Dalam satu kenyataan, Kementeri Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan kemudahan ini merupakan hasil daripada perkhidmatan perayauan data (data roaming) di Timor-Leste yang diaktifkan oleh pengendali rangkaian mudah alih […]
Malaysia perkukuh kerjasama serantau, antarabangsa bina komuniti digital
Malaysia akan meningkatkan kerjasama erat dengan negara serantau, sektor swasta dan pihak berkepentingan peringkat antarabangsa dalam usaha untuk membina komuniti digital yang berdaya tahan, berinovasi serta inklusif. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kerjasama serantau untuk melaksanakan transformasi digital ini penting berdasarkan kepada unjuran bahawa ekonomi digital ASEAN kini bernilai USD300 bilion dan dijangka […]
Kejayaan Op Pancing MCMC-PDRM legakan orang ramai, harap tindakan lebih luas
Susulan Op Pancing hasil kerjasama strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai menyuarakan sokongan dan kelegaan atas hasil kejayaan tersebut. Berdasarkan tinjauan pantas dan rawak madanikini.net di laman-laman media sosial, kejayaan Op Pancing disambut positif malah mengharapkan lebih banyak serbuan serta tangkapan boleh dilakukan selepas ini. Terdahulu, satu […]
4 bulan tebus SARA, rakyat diminta bertenang
Disebalik sistem MyKasih yang tergendala, lebih 1.45 juta rakyat Malaysia berjaya mendapatkan barang keperluan asas sejak 31 Ogos lalu. Ramai yang mempersoalkan, kenapa tak masukkan dalam ewalet atau bagi saja tunai macam zaman BR1M dulu? MyKad bukan ganti e-wallet semata-mata malah melalui sistem MyKasih kerajaan berikan kredit untuk barangan keperluan—beras, susu, ubat, alat sekolah—di kedai […]
PMX ‘Anak Palestin’ yang tegas mengutuk kekejaman Zionis Israel
Kelantangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel ke atas penduduk Gaza bukanlah satu aksi yang dibuat-buat. Dalam pidatonya ketika Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza yang berlangsung di Dataran Merdeka pada 24 Ogos lalu, Anwar telah mengutuk Benjamin Netanyahu sehingga memberi label ‘binatang’ terhadap Perdana Menteri Israel itu […]
RUU PSB: Pembangkang tiada sebab untuk bantah, tangguh
Pembangkang sekali lagi gagal menunjukkan kewibawaan sebagai badan ‘semak dan imbang’ apabila lebih beremosi menunjukkan penentangan terhadap RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB). Sikap beremosi itu dipamerkan oleh ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hasan yang terpekik-pekik memainkan emosi hadirin yang berkumpul di laluan utama ke Parlimen. Hakikatnya, sesi libat urus telah dilaksanakan sebanyak 108 kali dan […]
SARA RM100 bantu rancakkan ekonomi, ringankan beban rakyat
Tindakan kerajaan memberi bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 akan membantu merancakkan kegiatan ekonomi dan perniagaan di samping membantu meringankan beban hidup rakyat yang miskin dan pertengahan. Seorang usahawan digital, Azhan Samsudin berkata, pemberian RM100 tidak boleh dipandang rendah kerana kesannya akan membantu kehidupan orang ramai yang amat memerlukannya. ”Apa yang menarik, SARA […]