Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 lahir daripada realiti yang dihadapi oleh masyarakat ini yang semakin meruncing. Dunia digital hari ini bergerak lebih pantas daripada undang-undang. Kanak-kanak terdedah kepada buli siber, pemangsaan seksual, judi dalam talian, kandungan ekstrem dan manipulasi algoritma tanpa sempadan yang benar-benar kukuh. Undang-undang sedia ada terlalu umum dan tidak mempunyai mekanisme teknikal […]
Intel tambah RM860 juta pelaburan, rancakkan industri semikonduktor di Malaysia
Hari-hari PM Dato Seri Anwar kerja dan berusaha tarik pelabur, ternyata rezeki tak salah alamat. Intel Corporation melalui CEOnya Lip-Bu Tan mengumumkan pelaburan tambahan bernilai RM860 juta bagi memperkukuh operasi pemasangan dan ujian di Malaysia. Langkah ini diumumkan ketika beliau mengadakan lawatan ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Lip-Bu Tan anak kelahiran Muar sebelum berhijrah […]
MADANI tidak terjejas selepas PRN Sabah
Keputusan PRN Sabah 2025 meletakkan Kerajaan Madani dalam situasi selamat dalam waspada kerana kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya kekal selamat kerana pemenang utama, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), adalah sekutu rapat Kerajaan Perpaduan. Kemenangan GRS memastikan ‘Blok Borneo’ kekal sebagai tiang seri yang menyokong pentadbiran persekutuan sehingga habis penggal, menghapuskan risiko sebarang usaha tebuk […]
Siasatan SPRM bebas, telus
Siasatan terhadap Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin merupakan ujian asid paling kritikal terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebagai figura yang memegang portfolio Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, sebarang salah laku yang dikaitkan dengannya membawa risiko reputasi yang besar kepada kerajaan. Namun, keputusan kerajaan untuk tidak menyembunyikan isu ini di bawah karpet membuktikan […]
Kuatkuasa had umur pengguna media sosial
Malaysia akhirnya mengambil langkah berani dan amat diperlukan dalam mempertahankan kedaulatan digital negara. Pengumuman Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengenai ketetapan had umur minimum 16 tahun adalah satu tindakan yang wajar dipuji. Langkah ini bukan sekadar peraturan birokrasi, tetapi satu benteng pertahanan kritikal untuk melindungi kesihatan mental dan fizikal anak-anak Malaysia daripada ancaman dunia siber yang […]
Lebih 8200 buah sekolah mendapat manfaat dari Kempen Internet Selamat, atasi sasaran 2025
Kempen Internet Selamat yang digerakkan ke seluruh negara oleh MCMC terbukti sebagai antara inisiatif literasi digital paling penting dalam menghadapi cabaran negara. Melalui liputan yang merentasi sekolah, institusi pendidikan, komuniti, ibu bapa dan pengamal media, kempen ini berjaya membentuk kesedaran baharu bahawa keselamatan digital bukan lagi isu sampingan, sebaliknya suatu keperluan asas dalam kehidupan moden. […]
Malaysia sertai inisiatif bina semula Gaza
Malaysia telah menerima jemputan rasmi daripada kerajaan Mesir untuk menjadi hos bersama dalam satu persidangan antarabangsa berkaitan pemulihan awal dan pembinaan semula Gaza. Jemputan itu disampaikan secara langsung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh rakan sejawatnya dari Mesir, Mostafa Madbouly, melalui mesej peribadi daripada Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi. Menurut Datuk Seri Anwar […]
Ethiopia: membuka gerbang Afrika, menjemput rezeki ke Asia Tenggara
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Addis Ababa, ibu kota Ethiopia, bukan sekadar kunjungan diplomatik biasa. Ia membuka lembaran baharu persahabatan dua negara yang sudah terjalin sejak 60 tahun lalu, dan lebih penting ia menghubungkan kembali jejak sejarah yang jauh lebih lama antara dunia Islam dan bumi Afrika Timur. Sebagai tuan rumah Kesatuan […]
Malaysia jamin siasatan isu pemalsuan dokumen Harimau Malaya disiasat telus
Tuduhan skandal pemalsuan dokumen pemain warisan pasukan kebangsaan mengejutkan negara. Namun di sebalik keresahan rakyat, satu perkara yang ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ialah: kerajaan tidak akan menyembunyikan apa-apa. Tiada usaha menutup kes, tiada perlindungan kepada mana-mana pihak. Sejak isu ini dibangkitkan di peringkat antarabangsa, Anwar menjelaskan bahawa perkara ini telah dibincangkan […]
Perjuangan hak asasi digital cerminan keterangkuman MADANI
Kehadiran Malaysia di pentas Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) di Baku membawa dimensi yang lebih kritikal: perjuangan hak asasi digital. Mengetuai delegasi negara ke persidangan anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) tersebut, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, telah melakar satu tanda aras baharu dalam diplomasi digital negara. Fokus beliau bukan sekadar pada kecanggihan teknologi, sebaliknya […]