Kunjungan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini masih menjadi perbincangan pelbagai pihak bukan sahaja berdasarkan keakraban pemimpin itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahkan memandangkan kedudukan negara itu yang menguasai pelbagai bidang-bidang baharu yang kritikal dan berimpak tinggi. Sebanyak 11 Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani dan dijangkakan perdagangan dua hala […]
Kunjungan Presiden Turkiye bawa manfaat kepada Malaysia, dunia Islam
Hubungan Malaysia-Turkiye terus mengukuh susulan lawatan 2 hari Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia bermula 10 Februari lalu. Dalam ucapan aluan sempena Majlis Syarahan Umum Presiden Turkiye di Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kedudukan Turkiye sebagai satu fenomena baharu. Hal ini kerana negara itu telah berjaya mencapai kemajuan dan kebangkitan teknologi […]
Pengurusan sumber bijak bantu Malaysia bina semula Gaza – Ilmuwan Muda
Khutbah di Wilayah Persekutan tempoh hari mengingatkan kita konsep persaudaraan ummah dalam Islam serta tanggungjawab umat Islam terhadap saudara mereka. Menurut pendakwah bebas dan pengkaji Ustaz Marwan Bukhari, tidak timbul isu perlu untuk melengkapkan keperluan diri dahulu sebelum membantu orang lain jika sumber diuruskan dengan bijaksana. “Tidak timbul isu perlu fokus kepada rakyat dan negara […]
Langkah ASEAN : Kepimpinan Malaysia Mengemudi Cabaran
Tulisan Phar Kim Beng berkenaan cabaran kepengerusian Malaysia di ASEAN membedah cabaran serta penyelesaian dalam melangkah ke depan. Menurutnya, tugas dan kedudukannya berdasarkan Piagam ASEAN dan Piagam PBB memberikan gambaran jelas tentang fungsinya serta sempadan kuasanya. Sebagai organisasi serantau, ASEAN harus mengekalkan autonominya sambil berinteraksi dengan pelbagai kuasa besar dalam landskap geopolitik global. Sejarah penubuhan […]
Akibat sindir hantaran lama PM, ahli Parlimen Pas dikecam tak faham bahasa Inggeris dan diplomasi antara negara
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendapat kecaman besar selepas mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat bulan lalu iaitu pada 16 Januari berhubung penghargaan kepada Presiden yang dipilih ketika itu, Donald Trump yang berperanan membawa rundingan supaya gencatan senjata dicapai di Gaza. Dalam ulasannya di Facebook pada 6 Februari, Fadhli yang […]
Peluang Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi ASEAN dan Cabaran Diplomatik Malaysia pada 2025
Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun ini. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berhadapan peluang dan cabaran untuk memastikan tanggungjawab besar ini dapati digalas dengan sempurna di tengah-tengah kemelut geopolitik dan ekonomi. Profesor Pengajian ASEAN, Phar Kim Beng dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkongsi pandangan tentang Kepengerusian ASEAN yang digalas […]
Penyakit ‘alergi Gaza’ cubaan tenggelamkan usaha kerajaan bantu pembangunan semula Palestin, kata pemimpin muda PKR
Tiada bukti Kerajaan MADANI pinggirkan kepentingan rakyat Malaysia dan utamakan masalah di luar negara
Situasi di Palestin terlalu daif, tidak wajar tindakan Malaysia membantu dipandang sinis bekas pemimpin
Palestin adalah krisis kemanusiaan sejagat. Tiada alasan untuk meminggirkan hak rakyat Palestin.
Pertikai usaha Kerajaan MADANI bina sekolah di Gaza, dituduh utamakan masalah luar negara.
Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengutamakan pembinaan sekolah di Gaza berbanding di Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berlandaskan fakta. Hakikatnya, , sebanyak 70 sekolah baharu telah diluluskan untuk dibina dalam Belanjawan 2024 dan 2025, menjadikannya jumlah tertinggi sejak lima tahun terbelakang ini. Sebanyak 26 sekolah akan dibina pada 2024, manakala 44 […]
Malaysia: Mendepani ASEAN 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bertanggungjawab untuk membentuk semula blok serantau yang lebih kukuh dan berdaya saing. Dengan tema Kebersamaan dan Kelestarian, kepimpinan Malaysia menekankan pertumbuhan ekonomi yang berpaksikan rakyat dan mesra alam, seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Forum Ekonomi Dunia (WEF). Ulasan Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah yang merupakan […]