Kemenangan Malaysia di Mahkamah Rayuan Paris sekali lagi mengesahkan bahawa tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah hanyalah percubaan arbitrasi tanpa asas undang-undang. Mahkamah membatalkan sepenuhnya final award berjumlah US$14.92 bilion (sekitar RM70 bilion) yang dikeluarkan oleh arbitrator Gonzalo Stampa pada 2022, selepas mendapati proses timbang tara itu tidak mempunyai bidang kuasa sah sejak awal. Keputusan […]
PMX bersama intelektual muda Afrika Selatan perkukuh dialog antara benua
Dialog antara Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim, dan intelektual muda Afrika Selatan, Sizwe Mpofu-Walsh, bukan podcast biasa. Ia adalah pertembungan dua dunia Asia Tenggara dan Afrika yang berkongsi sejarah penjajahan, cabaran pembangunan, dan aspirasi yang sama untuk keadilan global. Dialog ini berlangsung ketika Anwar berada di Afrika Selatan sempena Sidang Kemuncak G20. Pemilihan […]
Malaysia dijangka jadi hab pengeluar magnet penting Asia Tenggara
Malaysia kini sedang melakukah anjakan paradigma yang signifikan dalam sektor perindustrian negara, beralih daripada sekadar pengeksport komoditi mentah kepada pemain utama dalam rantaian bekalan teknologi hijau global. Fokus utama peralihan ini terarah kepada pembangunan industri pemprosesan unsur nadir bumi (REE), khususnya dalam penghasilan magnet kekal (permanent magnet) berprestasi tinggi. Perkembangan terkini menyaksikan Malaysia bakal menjadi […]
Malaysia sedia teroka pasaran baharu di Eropah, Amerika Latin dan Afrika
Selama berdekad lamanya, Malaysia selesa berteduh di bawah payung rakan dagang tradisi sebahagian besarnya didominasi oleh kuasa-kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat atau China namun realiti geopolitik yang semakin meruncing menuntut anjakan paradigma yang drastik. Kebergantungan kepada mereka ini bukan lagi satu pilihan, tetapi satu risiko Ketika berucap di majlis penutup Program Rancakkan MADANI Bersama […]
Malaysia sertai inisiatif bina semula Gaza
Malaysia telah menerima jemputan rasmi daripada kerajaan Mesir untuk menjadi hos bersama dalam satu persidangan antarabangsa berkaitan pemulihan awal dan pembinaan semula Gaza. Jemputan itu disampaikan secara langsung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh rakan sejawatnya dari Mesir, Mostafa Madbouly, melalui mesej peribadi daripada Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi. Menurut Datuk Seri Anwar […]
Ethiopia: membuka gerbang Afrika, menjemput rezeki ke Asia Tenggara
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Addis Ababa, ibu kota Ethiopia, bukan sekadar kunjungan diplomatik biasa. Ia membuka lembaran baharu persahabatan dua negara yang sudah terjalin sejak 60 tahun lalu, dan lebih penting ia menghubungkan kembali jejak sejarah yang jauh lebih lama antara dunia Islam dan bumi Afrika Timur. Sebagai tuan rumah Kesatuan […]
Suara ASEAN ‘bergema’ di Sidang Kemuncak G20
Dari Johannesburg, Afrika Selatan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil membawa suara bukan sekadar sebuah negara sebaliknya gema rantau yang sedang membina masa depan: ASEAN. Persidangan G20 bukan sekadar perhimpunan simbolik. Di sinilah hala tuju ekonomi global, kestabilan kewangan, perubahan iklim, keselamatan makanan dan hutang negara membangun dirundingkan. Apa jua yang diputuskan di […]
Internet Malaysia antara termurah di dunia
Kehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ke Baku, Azerbaijan bukan sekadar kehadiran simbolik. Lawatan rasmi beliau membawa satu mesej yang membanggakan, Malaysia kini berada dalam kelompok negara dengan kos internet paling murah di dunia. Angka ini bukan retorik politik malah berpaksikan data pasaran global dan ia menggambarkan satu perubahan dasar yang ketara bahawa akses internet […]
Malaysia Buktikan ‘ASEAN Centrality’ Masih Subur Melalui Krisis Thailand-Kemboja
Kejayaan Malaysia memudah cara gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja membawa makna yang jauh lebih besar daripada penghentian tembak-menembak di sempadan. Ia menandakan pemulihan semula ASEAN centrality iaitu prinsip bahawa Asia Tenggara mesti menjadi penentu utama keamanan dan kestabilan di rantau ini, bukan kuasa luar. Bukan Amerika Syarikat, bukan China tapi kesepakatan pemimpin ASEAN sendiri. […]
Kepengerusian ASEAN Lonjak Peranan Malaysia Diperingkat Dunia
Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang telah berjaya dilangsungkan bukan sekadar acara rumah terbuka biasa sebaliknya hasil diplomasi rumit yang disusun hampir dua tahun oleh pasukan Malaysia, termasuk jawatankuasa khas yang merangka Visi ASEAN 2045 dan Deklarasi Kuala Lumpur. Di sebalik majlis gilang-gemilang ini, berlangsung rundingan, strategi, dan kompromi yang membuahkan hasil bersejarah. Kejayaan besar Malaysia […]