Algoritma pengiklanan berunsurkan perjudian perlu dihapuskan dalam semua media sosial dan penyedia perkhidmatan internet untuk memastikan masalah judi dalam talian ditangani. Pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, masalah judi dalam talian bukanlah perkara baharu dan kegagalannya mengawal akan membawa kesan buruk yang sukar dikawal. “Masalah ini telah berlarutan terlalu […]
Hampir sedekad Himpunan355, apa nasib RUU 355 sekarang?
Sempena 18 Februari yang pernah diingati sebagai hari penganjuran Himpunan 355 di Padang Merbok pada 2017, ada baiknya kalau kita imbas semula polemik ini. Apabila Presiden Pas, Abdul Hadi Awang diberikan laluan untuk membacakan usul persendirian mengenai Rang Undang-undang 355 (RUU355) pada 26 Mei 2016, tindakan itu menjadi peluang untuk para pengikutnya menajamkan lagi konflik […]
KDNK melonjak 5.1%: Pencapaian ekonomi negara mesti nampak beri manfaat kepada akaun rakyat
Kerajaan MADANI disarankan melaksanakan lebih banyak perubahan dalam pengurusan kewangan negara bagi memastikan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan turut dirasai oleh rakyat. Penganalisis, Dr Ng Rui Wei berkata, masih ramai orang awam yang tidak merasai sebarang perbezaan pada ‘mereka’ walaupun pencapaian ekonomi negara dilaporkan berkembang pesat. “Apabila kita baca angka ini dan tengok pada akaun bank, […]
“Ekonomi ASEAN tak ‘hilang taring’, jadi tumpuan kuasa besar,” penganalisis tempatan bidas pandangan pesimis pihak Barat
Pandangan yang meremehkan daya tahan ekonomi ASEAN dan mengabaikan peranan penting Malaysia untuk membentuk semula rantaian bekalan dunia dibidas dua penganalisis. Dalam artikel bersama berjudul “ASEAN’s Economic Future: Not a Decline, But a Strategic Realignment Led by Malaysia”, Phar Kim Beng dan CW Sim berkata, apa yang berlaku di ASEAN ketika ini adalah penyusunan semula […]
“Pembangkang sudah kelesuan, terpaksa ulang isu sama,” ahli Parlimen Bangi pertikai pembangkang gagal manfaat fungsi ‘semak-imbang’
Kenyataan dangkal ketua pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin yang mengaitkan titah adendum dengan kemerosotan pelaburan asing menggambarkan kelemahan Perikatan Nasional (PN) menghadapi Kerajaan MADANI. Pada Khamis, semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal data yang diperoleh ahli Parlimen Larut. Sebaliknya, kata Anwar, laporan semasa menunjukkan situasi sebaliknya apabila pelaburan meningkat. […]
“Padi pun ada tatakelola tersendiri,” petani mohon kerajaan basmi masalah sektor susulan penyelarasan harga lantai belian
Pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengenai penyelarasan Harga Lantai Belian Padi sebanyak RM200 iaitu daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik bermula 16 Februari nanti disambut gembira dan penuh kesyukuran oleh pelbagai pihak. Dalam pengumuman yang dibuat di Dewan Rakyat pada 13 Februari lalu turut mengekalkan Harga Beras Putih […]
Tingkatkan kerjasama bidang pendidikan bantu kukuhkan persefahaman Malaysia-Turkiye
Kunjungan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini masih menjadi perbincangan pelbagai pihak bukan sahaja berdasarkan keakraban pemimpin itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahkan memandangkan kedudukan negara itu yang menguasai pelbagai bidang-bidang baharu yang kritikal dan berimpak tinggi. Sebanyak 11 Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani dan dijangkakan perdagangan dua hala […]
“Manusia elemen paling lemah dalam dunia siber”, pakar IT ini dedah punca jenayah atas talian masih berleluasa
Sempena Hari Keselamatan Internet 2025, kerajaan mengumumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian. Kempen ini akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam seluruh negara dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap ancaman internet. Menurut pengumuman, antara fokus utama kempen termasuk larangan terhadap kanak-kanak di bawah usia […]
Kunjungan Presiden Turkiye bawa manfaat kepada Malaysia, dunia Islam
Hubungan Malaysia-Turkiye terus mengukuh susulan lawatan 2 hari Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia bermula 10 Februari lalu. Dalam ucapan aluan sempena Majlis Syarahan Umum Presiden Turkiye di Putrajaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kedudukan Turkiye sebagai satu fenomena baharu. Hal ini kerana negara itu telah berjaya mencapai kemajuan dan kebangkitan teknologi […]
“Tren menurun bermula sejak Ogos tahun lalu”, kata penyelidik mengulas kadar pengangguran negara terendah sejak 10 tahun
Kadar pengangguran di Malaysia pada Disember 2024 telah menunjukkan tren menurun. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), inilah paras terendah iaitu 3.1 peratus sejak 116 bulan. Untuk tempoh yang sama, perkembangan positif turut berlaku dalam pasaran buruh dengan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi. Penyelidik polisi awam, Erhan Azrai dari FSS Associates berkata, tren […]