April 21, 2025
Pertikai usaha Kerajaan MADANI bina sekolah di Gaza, dituduh utamakan masalah luar negara.

Pertikai usaha Kerajaan MADANI bina sekolah di Gaza, dituduh utamakan masalah luar negara.

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengutamakan pembinaan sekolah di Gaza berbanding di Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berlandaskan fakta.

Hakikatnya, , sebanyak 70 sekolah baharu telah diluluskan untuk dibina dalam Belanjawan 2024 dan 2025, menjadikannya jumlah tertinggi sejak lima tahun terbelakang ini. Sebanyak 26 sekolah akan dibina pada 2024, manakala 44 lagi bakal menyusul pada 2025 – satu usaha besar kerajaan dalam memastikan akses pendidikan yang lebih baik dan selesa buat rakyat Malaysia.

Ini jelas berbeza dengan usaha membina sebuah sekolah di Gaza bagi menggantikan seluruh yang telah dihancurkan seluruh fasiliti pendidikan oleh rejim Zionis adalah jauh tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah anak-anak mereka yang menjadi pelarian dan tercicir dari pelajaran selama ini. Dalam sedutan video itu juga telah menjelaskan, usaha pembangunan semula Gaza dan Palestin bakal menjadi inisiatif bersama rakyat Malaysia termasuk NGO, perusahaan swasta serta badan kerajaan.

Usaha Bersama Malaysia-Jepun untuk Gaza

Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga merangkul kerjasama gergasi matahari terbit hasil kerjasama antarabangsa, khususnya menerusi Persidangan Kerjasama Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai nanti, di mana Malaysia telah diundang sebagai pengerusi bersama oleh Jepun.

Sebagai permulaan, Malaysia berhasrat membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memacu usaha pemulihan di wilayah yang dihentam teruk itu.

Sejak perjanjian gencatan senjata ditandatangani pada 19 Januari 2025, situasi di Gaza lebih tenang. Perjanjian ini setakat ini berjaya menamatkan konflik 15 bulan antara Israel dan penduduk Palestin, merangkumi beberapa fasa, termasuk penghentian operasi ketenteraan dan pengawasan udara di Gaza.

Susulan pengumuman ini, dianggarkan 300,000 rakyat Palestin yang sebelum ini menjadi pelarian telah kembali ke daerah utara Gaza. Mereka membawa barangan peribadi dan berjalan kaki di sepanjang jalan utama menuju ke utara, dengan harapan untuk memulakan semula kehidupan mereka di tengah-tengah runtuhan yang ditinggalkan akibat konflik.

Menurut data Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) setakat Ogos 2024, dilaporkan sebanyak 564 sekolah di Gaza telah musnah akibat serangan tentera Israel sejak 7 Oktober 2023 menjadikan 85% daripada keseluruhan jumlah sekolah tidak dapat digunakan.

Kemusnahan besar-besaran ini telah menjejaskan akses pendidikan bagi ratusan ribu pelajar Palestin yang bakal menimbulkan masalah serius pada masa hadapan jika tidak diatasi dengan segara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *