April 21, 2025
Ceroboh Tanah Pusaka Orang Asli: PAS macam rejim zionis?

Ceroboh Tanah Pusaka Orang Asli: PAS macam rejim zionis?

Siapa sangka dalam sebuah negeri yang mengaku mentadbir secara Islam, rupa-rupanya masih ada golongan minoriti terus ditindas.

Begitulah yang berlaku terhadap Orang Asli dari Kampung Kelaik, Gua Musang. Sebuah negeri yang ditadbir oleh PAS sejak sekian lama.

Umpama merempat di tanah sendiri, mereka kini memilih mahkamah sebagai saluran untuk memastikan tanah pusaka yang diwarisi sejak zaman berzaman tidak diceroboh.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama 4 hari bermula 10 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, ratusan Orang Asli hadir untuk menguatkan sokongan.

Dari pihak plaintif, tiga Orang Asli iaitu Ahak Uda yang juga Tok Batin, Aziz Angah dan Anjang Uda telah failkan saman pada 2021 terhadap 14 entiti termasuk Kerajaan PAS Negeri Kelantan.

14 entiti tersebut atau defendan adalah:

  1. Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd,
  2. Redstar Capital Sdn Bhd,
  3. Aqua Orion Sdn Bhd,
  4. Damai Corporate Services Sdn Bhd,
  5. Sindiyan Sdn Bhd dan
  6. Sindiyan Agro Park Sdn Bhd
  7. Ladang Kelantan Sdn Bhd,
  8. Ikrar Bumi Sdn Bhd,
  9. Ladang Ulu Nenggiri Sdn Bhd,
  10. Iliasco Engineering & Construction Sdn Bhd,
  11. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan,
  12. Jabatan Perhutanan Kelantan,
  13. Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa)
  14. Kerajaan Negeri Kelantan.

Saman dibuat kerana plaintif mendakwa bahawa semua entiti tersebut telah menceroboh tanah pusaka mereka untuk melakukan aktiviti perlombongan, pembalakan, penanaman kelapa sawit dan pokok getah.

Semua aktiviti tersebut bukan sahaja menceroboh malah membawa lebih banyak kerosakan kepada penduduk dan haiwan yang memiliki habitat di situ.

Umum mengetahui bahawa Orang Asli dan alam semulajadi tidak mungkin dipisahkan. Hutan dan tanah bukan sahaja sumber pendapatan tetapi di situlah juga kehidupan mereka tercipta.

Menceroboh tanah pusaka mereka bermaksud memusnahkan kelangsungan hidup Orang Asli yang bergantung sepenuhnya kepada hutan semulajadi.

Perjuangan penduduk Kampung Kelaik pula bukanlah baharu. Sebaliknya penuh ranjau terpaksa dilalui turun naik mahkamah sehinggalah mengundang risiko nyawa dan kesihatan sendiri.

Pada hujung tahun lalu, selepas desakan demi desakan, derita penduduk Orang Asli hampir 15 tahun berjaya dinoktahkan selepas aktiviti perlombongan bijih besi yang mencemarkan Sungai Kelaik telah diarahkan tutup oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Akibat perlombongan di dua lombong bijih besi, air takungan yang dilepaskan menyebabkan bukan sahaja sungai yang menjadi mata pencarian penduduk telah tercemar, bahkan paras air juga meningkat sekaligus mengundang risiko kepada penduduk yang menggunakan sungai tersebut.

Tetapi itu hanyalah salah satu kemenangan kecil kepada penduduk Kampung Kelaik. Cabaran yang menanti di hadapan masih besar dan sulit. Umpama penduduk Palestin, Orang Asli Kampung Kelaik tak ubah seperti menentang penindasan rejim Zionis-Israel.

Justeru, seperti kata aktivis Orang Asli, Eliana Tan, keputusan mahkamah yang memihak kepada Orang Asli dalam kes ini amat penting untuk menjadi duluan (precedent) bagi kes-kes yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *